SEKOLAH KEBANGSAAN ALURLEK KASAR
21500 SETIU TERENGGANU


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



SK ALUR LEK KASAR
21500 Setiu, Terengganu
Tel: 098242622
Email: skalurlek@yahoo.com


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Aug 31, 2006
Merdeka peringkat sekolah

MERDEKA!!

30 Ogos - Guru dan murid mengadakan sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Cukup sederhana sambutan tahun ini. Sebelah pagi majlis dimulai dengan bacaan "perutusan". Sejurus selepas itu diisi dengan persembahan guru dan pelajar, sehingga pukul 10.15 pagi.

Selepas waktu rehat, acara sambutan kemerdekaan diteruskan dengan pertandingan mewarna. Ada 2 kategori; Tahap 1 (melibatkan murid tahun 1 hingga 3) dan Tahap 2 (murid tahun 4 hingga 6). Ada satu kategori khas iaitu murid pra-sekolah.

Jamuan tengah hari disediakan oleh Kelab Guru di kantin sekolah. MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!

Posted at 03:07 pm by sstw06_1
Make a comment  

Aug 18, 2006
Jadual Cuti Terancang

JADUAL KELAS CUTI TERANCANG UPSR 2006

Pihak sekolah telah menetapkan jadual yang perlu dipatuhi guru dan murid agar calon UPSR tidak membuang masa pada masa cuti seminggu mulai 20-26 Ogos 2006 ini. Berikut adalah jadual yang diedarkan kepada murid:

Ahad 20 Ogos 2006:

8.00 pagi - 12.00 t/hari - Cik Haliza Ahmad

2.00 ptg - 5.00 ptg - Muhamad Abdullah (GB)

 

Isnin 21 Ogos 2006:

8.00 pagi - 12.00 t/hari - En Junaidi Muhamad Nawawi

2.00 ptg - 5.00 ptg - En Yusof Wan Ahmad

 

Jumaat 25 Ogos 2006:

8.00 pagi - 12.00 t/hari - En Mohd Yasin Ismail

2.00 ptg - 5.00 ptg - En Rizalman b Chik

 

Sabtu 26 Ogos 2006:

8.00 pagi - 12.00 t/hari - Pn Arina Shamsudin

2.00 ptg - 5.00 ptg - En Rusneyrizzal Rusli

 


Posted at 05:05 pm by sstw06_1
Make a comment  

Latihan Solat Di Surau

LATIHAN SOLAT DI SURAU SEKOLAH

Walaupun hanya solat Zohor sahaja, memadai sebagai latihan amali kepada murid-murid. Mereka dapat menunaikan solat dengan teratur dan berdisiplin. Program solat ini melibatkan murid tahap 2.


Posted at 05:03 pm by sstw06_1
Make a comment  

May 13, 2006
Penyampaian Bantuan Banjir

SKALK 16 April - Pihak Jawatankuasa akan menyampaikan bantuan kepada murid-murid yang terlibat dengan bencana banjir tahun 2005 yang lalu. Mereka terlibat akan menerima masing-masing RM100 seorang.

Selain itu, bantuan KWAMP juga turut disampaikan pada hari itu nanti. Dijangka hadir dalam majlis ini ialah pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Posted at 12:21 pm by sstw06_1
Make a comment  

Mesyuarat Agung PIBG

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG

Jawatankuasa PIBG dengan persetujuan Pihak pentadbiran sekolah menetapkan Mesyuarat Agung PIBG pada:

Tarikh: 16 Mei 2006 (Selasa)

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Dewan Terbuka SKALK


Posted at 12:14 pm by sstw06_1
Make a comment  

Apr 4, 2006
Kempen bahasa

KEMPEN BAHASA SEKOLAH RENDAH

SETIU 5 Apr - Panitia Bahasa Zon Setiu Barat menganjurkan Kempen Bahasa peringkat zon Setiu Barat. Pihak penganjur menetapkan SK Alur Lek Kasar sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa pelaksana ada menyebut bahawa kategori Bahasa Melayu ada beberapa item yang dipertandingkan iaitu pidato untuk murid-murid tahap 2 dan Bercerita yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Sementara Kategori Bahasa Inggeris pula Story telling untuk tahap 1 dan 2 dan juga Public speaking dan choral speaking bagi murid tahap 2.

Majlis bermula pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta yang terdiri dari 12 buah sekolah yang menyertai. Majlis ini dijangkakan tamat pukul 12.45 tengah hari.


Posted at 10:21 pm by sstw06_1
Make a comment  

Mar 23, 2006
Pengacara Majlis Tidak Sama Dengan DJ

Isu ini Pengacara Majlis ini ingin saya sentuh sedikit di ruangan ini. Bukan kerana saya OK dalam bab ini, cuma ada sedikit maklumat yang boleh dikongsikan dengan anda semua.

Pengacara majlis adalah profesion yang tidak semua orang boleh buat walaupun seseorang itu ada suara, rupa dan gaya. Ini kerana ia perlu latihan dan ilmu berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang pengacara. Pengacara adalah peneraju majlis agar ianya berjalan lancar sepertimana yang dikehendaki oleh penganjur. Download ebuku ini dan baca untuk maklumat tambahan. Free!!


Posted at 02:00 pm by sstw06_1
Make a comment  

Mar 20, 2006
Majlis Tilawah, 5 murid skalk turut serta

Majlis ini akan dijalankan pada 22 Mac 2006 di SK Sungai Lerek. Ustaz Yasin dan Cik Norliza akan mengiringi murid ke sana nanti.

Berita lanjut sudah diposkan ke group. Sila dapatkan di sana atau sila daftar kepada sesiapa yang berminat. Tidak rugi apa-apa, bahkan anda dapat sedikit sebanyak berkongsi maklumat.


Posted at 05:49 pm by sstw06_1
Comment (1)  

Mar 17, 2006
Bayaran KWAMP 2006

Oleh: Ustaz Yasin

Kuala Terengganu, 7 Mac - Mesyuarat dan taklimat pengagihan wang KWAMP telah dijalankan di Hotel Grand Continental KTR bersama pegawai JPNT dan guru-guru dari sekolah yang terlibat, termasuklah SK Alur Lek Kasar. Sekolah kita diwakili oleh En Mohd Yasin.

Dua hal penting yang perlu diberi perhatian ialah:

  1. Murid yang mendapat kwamp ialah RM200 seorang.
  2. Murid dapat bantuan mangsa banjir RM100 seorang.

Sekiranya berlaku pertindihan, maka peruntukan kwamp dipotong RM100 (perlu dipulangkan peruntukan itu kepada KP). Kesimpulannya: Setiap murid terlibat memperolehi maksima RM200 sahaja. Smile


Posted at 10:08 am by sstw06_1
Make a comment  

Mar 15, 2006
Aktiviti Terkini

Berikut adalah aktiviti terkini yang sempat disenaraikan:

22 Mac 2006 - Mesyuarat Agung PIBG SKALK, bertempat di Dewan Terbuka.

23 Mac 2006 - Majlis Tilawah dan bercerita di SK Lerek.


Posted at 12:59 pm by sstw06_1
Make a comment  

Previous Page