Kg Kasar, 26 Dis - Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya mendaftar persekolahan anak masing-masing pada 28hb Dis 2006 ini. Sesi persekolahan bermula 2 Jan 2007 nanti, selepas Hari Raya Haji.
Pada hari yang sama, Mesyuarat guru-guru akan dijalankan.
"Harap-harap tiadalah pula guru yang terlupa tarikh"
Untuk makluman ibu bapa, yuran persekolahan juga sudah boleh dijelaskan pada hari pendaftaran nanti (mana-mana yang berkemampuan). Kalau belum berduit pun, kena daftar juga... terutamanya anak yang baru masuk tahun 1 dan pra-sekolah.
Posted at 01:39 pm by sstw06_1
Permalink
Blog jika merujuk kepada penerbit kamus terkemuka dunia iaitu
Merriam-Webster telah mendefinisikan ia sebagai laman web bersifat
jurnal peribadi tetapi online yang mengandungi komen, pandangan dan
juga adakalanya hyperlink ke laman web yang berkaitan dengan komen
atau pandangan yang diberikan.
Sementara itu, dari sudut lain, blog sebenarnya merupakan kependekan
kepada istilah weblog ataupun lebih tepat web log yang merujuk kepada
proses merekodkan sesuatu ke dalam laman web. Terdapat satu lagi
istilah yang berkaitan dengan blog ini iaitu blogsphere yang kepada
himpunan weblog atau sekelompok laman web yang berasaskan blog.
Istilah asal weblog dipercayai telah mula diperkenalkan oleh Jorn
Barrer pada penghujung tahun 1997 yang kemudiannya dipendekkan menjadi
blog oleh Meter Merholz pada tahun 1999.
Individu lain yang yang tidak kurang pentingnya yang menjadi perintis
kepada blog ini ialah Dave Winer yang telah mencipta satu teknik
pemberitahuan setiap kali blog dikemaskini. Istilah weblog juga telah
diiktiraf dan dimasukkan ke dalam kamus tersohor di dunia iaitu Oxford
English Dictionary pada awal tahun 2003.
Posted at 10:17 am by sstw06_1
Permalink
6 Nov 2006 - Pihak sekolah menganjurkan majlis sambutan Idilfitri peringkat sekolah. Sambutan diadakan secara sederhana. Kerja-kerja menyediakan juadah dijalankan secara bergotong royong.
Kali ini tidak melibat ibu bapa, cuma dijalankan sesama guru dan pekerja sekolah sahaja. Terima kasih di atas sumbangan anda.
Posted at 01:15 pm by sstw06_1
Permalink
HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN
"Hari ini dalam sejarah.." Ustaz Yasin berkata kepada rakan-rakan guru sebaik sahaja melangkah masuk bilik guru selepas habis kelas terakhir hari ini, 4 Okt 2006.
Apa tidaknya dah tua macam ini baru inilah kali pertama Ustaz Yasin dapat hadiah hari lahir dari muridnya. Kalau hadiah dari isteri atau orang-orang istimewa tu, tidaklah hairan sangat. Walaubagaimanapun, rasanya bangga dengan sikap anak murid yang perihatin. Tentu sekali saya akan kenang dan ribuan terima kasih untuk perhatian anda.
Ada 2 murid yang bagi hadiah, iaitu Sakira dan Siti Asma.
Posted at 11:46 am by sstw06_1
Permalink
REWANG MAJLIS BERBUKA PUASA
SKALK 12 Okt 2006 - Pihak Sekolah dengan kerjasama PIBG mengadakan gotong royong untuk majlis berbuka puasa peringkat sekolah. Ibu bapa turun padang memberikan kerjasama padu. Ulam ulaman dan bahan-bahan sayuran stail kampung diusahakan sendiri oleh kaum ibu. Sebagai contoh, pucuk paku, cili dan sebagainya dicari di sekitar kampung secara percuma. Cuma masa dan tenaga dikeluarkan.
Sumbangan berupa wang ringgit turut dihulurkan. Masing-masing menyumbangkan RM5 hingga RM10 bagi setiap keluarga dalam PIBG. Guru-guru dan kakitangan juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan. Kutipan membanggakan, iaitu kira-kira RM600 untuk majlis ini. Sedangkan kos sebenarnya cuma separuh dari jumlah itu.
Jawatankuasa pelaksana juga merangka akan mengadakan jamuan hari raya tidak lama lagi. Tentu sekali baki kutipan ini dimanfaatkan. Jamuan ini nanti menurut perbincangan awal, adalah jamuan tertutup sahaja yang melibatkan semua warga SKALK.
"Pengelola tidak bercadang menjemput semua ibu bapa" kata Cik Haliza selaku bendahari kelab guru sekolah.
Catatan: Rewang adalah pinjaman dari bahasa Jawa yang bermaksud gotong royong.
Posted at 11:34 am by sstw06_1
Permalink
SOLAT HAJAT IKHTIAR TERAKHIR
SKALK - Demam UPSR yang melanda murid-murid tahun 6 di SKALK bahkan di seluruh negara berakhir 6hb Sept yang lalu. Peperiksaan awam pertama yang dilalui oleh seorang murid di sekolah rendah. Secara rasmi, mereka menduduki peperiksaan tersebut pada 4-6 Sept 2006 yang lalu.
Bagi warga SKALK dengan kerjasama PIBG telah mengadakan solat hajat beramai-ramai di sekolah selama 3 malam berturut-turut sepanjang anak-anak mereka menduduki peperiksaan itu. Majlis bermula dengan solat Magrib, diikuti bacaan surah Yasin - Solat Isyak dan solat sunat hajat. Sebelum bersurai, jamuan makan malam disediakan oleh jawatankuasa PIBG.
"Kita mengharapkan kerjasama sebegini berterusan untuk masa-masa yang akan datang. Ini adalah ikhtiar kita terakhir setelah berusaha gigih sepanjang tahun" kata guru besar yang berucap pada malam akhir program solat hajat itu.
Posted at 04:18 pm by sstw06_1
Permalink
Merdeka peringkat sekolah
MERDEKA!!
30 Ogos - Guru dan murid mengadakan sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Cukup sederhana sambutan tahun ini. Sebelah pagi majlis dimulai dengan bacaan "perutusan". Sejurus selepas itu diisi dengan persembahan guru dan pelajar, sehingga pukul 10.15 pagi.

Selepas waktu rehat, acara sambutan kemerdekaan diteruskan dengan pertandingan mewarna. Ada 2 kategori; Tahap 1 (melibatkan murid tahun 1 hingga 3) dan Tahap 2 (murid tahun 4 hingga 6). Ada satu kategori khas iaitu murid pra-sekolah.

Jamuan tengah hari disediakan oleh Kelab Guru di kantin sekolah. MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!
Posted at 03:07 pm by sstw06_1
Permalink
JADUAL KELAS CUTI TERANCANG UPSR 2006
Pihak sekolah telah menetapkan jadual yang perlu dipatuhi guru dan murid agar calon UPSR tidak membuang masa pada masa cuti seminggu mulai 20-26 Ogos 2006 ini. Berikut adalah jadual yang diedarkan kepada murid:
Ahad 20 Ogos 2006:
8.00 pagi - 12.00 t/hari - Cik Haliza Ahmad
2.00 ptg - 5.00 ptg - Muhamad Abdullah (GB)
Isnin 21 Ogos 2006:
8.00 pagi - 12.00 t/hari - En Junaidi Muhamad Nawawi
2.00 ptg - 5.00 ptg - En Yusof Wan Ahmad
Jumaat 25 Ogos 2006:
8.00 pagi - 12.00 t/hari - En Mohd Yasin Ismail
2.00 ptg - 5.00 ptg - En Rizalman b Chik
Sabtu 26 Ogos 2006:
8.00 pagi - 12.00 t/hari - Pn Arina Shamsudin
2.00 ptg - 5.00 ptg - En Rusneyrizzal Rusli
Posted at 05:05 pm by sstw06_1
Permalink
LATIHAN SOLAT DI SURAU SEKOLAH

Walaupun hanya solat Zohor sahaja, memadai sebagai latihan amali kepada murid-murid. Mereka dapat menunaikan solat dengan teratur dan berdisiplin. Program solat ini melibatkan murid tahap 2.
Posted at 05:03 pm by sstw06_1
Permalink
Penyampaian Bantuan Banjir
SKALK 16 April - Pihak Jawatankuasa akan menyampaikan bantuan kepada murid-murid yang terlibat dengan bencana banjir tahun 2005 yang lalu. Mereka terlibat akan menerima masing-masing RM100 seorang.
Selain itu, bantuan KWAMP juga turut disampaikan pada hari itu nanti. Dijangka hadir dalam majlis ini ialah pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Posted at 12:21 pm by sstw06_1
Permalink