SEKOLAH KEBANGSAAN ALURLEK KASAR
21500 SETIU TERENGGANU


   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



SK ALUR LEK KASAR
21500 Setiu, Terengganu
Tel: 098242622
Email: skalurlek@yahoo.com


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Feb 27, 2007
Pindah

Maaf kerana menyusahkan anda... kita pindahrumah.

Posted at 10:21 pm by sstw06_1
Make a comment  

Jan 24, 2007
Cikgu Haliza

SKALK - Cikgu Haliza Ahmad diarahkan bertukar ke SK Batu 29. Difahamkan arahan tukar berkuatkuasa pada 16 Jan 2007 atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan. Kalau tidak ada apa-apa aral, cikgu baru yang bakal mengambil tempat cikgu Haliza ialah En Zul dari SK Sri Langkap.

"Selamat berpisah buat cikgu Haliza dan Selamat bertugas di SKALK buat cikgu Zul"

Posted at 06:45 pm by sstw06_1
Make a comment  

Jan 17, 2007
Amali Solat

SKALK - Pihak Panatia Pendidikan Islam melancarkan program solat zohor berjamaah bagi semua murid tahap 2 sebelum balik atau sebelum memasuki sesi petang yang akan bermula 2.30 pm.

Program ini dimulakan lebih awal bagi tahun ini, seawal minggu ke-2 persekolahan. Guru-guru ditugas mengawas dan membimbing solat secara bergilir-gilir dan dimasukkan dalam jadual waktu guru. Dengan cara ini program dapat dijalankan lebih lancar dan terkawal.

Posted at 10:39 am by sstw06_1
Make a comment  

Jan 15, 2007
Ujian TOV

SKALK - Ujian TOV dijalankan mulai 15-17 Jan 2007 di seluruh negeri, terutamanya Sekolah Kebangsaan. Ujian ini bertujuan menilai tahap kemampuan murid pada awal sesi persekolahan. Hasil dari ujian ini pihak sekolah dan guru-guru dapat melihat perkembangan kemajuan pelajaran murid sepanjang tahun 2007 apabila siri ujian OTI dijalankan nanti.

Sistem ini diselaraskan oleh JPNT. Di negeri-negeri lain, difahamkan tidak menjalankan sistem TOV dan OTI yang diselaraskan. Kalau pun ada mereka serahkan kepada pihak guru atau sekolah masing-masing menjalankannya.

Posted at 10:34 am by sstw06_1
Make a comment  

Dec 26, 2006
Daftar Persekolahan 2007

Kg Kasar, 26 Dis - Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya mendaftar persekolahan anak masing-masing pada 28hb Dis 2006 ini. Sesi persekolahan bermula 2 Jan 2007 nanti, selepas Hari Raya Haji.

Pada hari yang sama, Mesyuarat guru-guru akan dijalankan.

"Harap-harap tiadalah pula guru yang terlupa tarikh"

Untuk makluman ibu bapa, yuran persekolahan juga sudah boleh dijelaskan pada hari pendaftaran nanti (mana-mana yang berkemampuan). Kalau belum berduit pun, kena daftar juga... terutamanya anak yang baru masuk tahun 1 dan pra-sekolah.

Posted at 01:39 pm by sstw06_1
Make a comment  

Dec 17, 2006
Apa itu Blog?

Blog jika merujuk kepada penerbit kamus terkemuka dunia iaitu Merriam-Webster telah mendefinisikan ia sebagai laman web bersifat jurnal peribadi tetapi online yang mengandungi komen, pandangan dan juga adakalanya hyperlink ke laman web yang berkaitan dengan komen atau pandangan yang diberikan.

Sementara itu, dari sudut lain, blog sebenarnya merupakan kependekan kepada istilah weblog ataupun lebih tepat web log yang merujuk kepada proses merekodkan sesuatu ke dalam laman web. Terdapat satu lagi istilah yang berkaitan dengan blog ini iaitu blogsphere yang kepada himpunan weblog atau sekelompok laman web yang berasaskan blog.

Istilah asal weblog dipercayai telah mula diperkenalkan oleh Jorn Barrer pada penghujung tahun 1997 yang kemudiannya dipendekkan menjadi blog oleh Meter Merholz pada tahun 1999.

Individu lain yang yang tidak kurang pentingnya yang menjadi perintis kepada blog ini ialah Dave Winer yang telah mencipta satu teknik pemberitahuan setiap kali blog dikemaskini. Istilah weblog juga telah diiktiraf dan dimasukkan ke dalam kamus tersohor di dunia iaitu Oxford English Dictionary pada awal tahun 2003.


Posted at 10:17 am by sstw06_1
Make a comment  

Nov 6, 2006
SAMBUTAN HARI RAYA

6 Nov 2006 - Pihak sekolah menganjurkan majlis sambutan Idilfitri peringkat sekolah. Sambutan diadakan secara sederhana. Kerja-kerja menyediakan juadah dijalankan secara bergotong royong.


Kali ini tidak melibat ibu bapa, cuma dijalankan sesama guru dan pekerja sekolah sahaja. Terima kasih di atas sumbangan anda.

Posted at 01:15 pm by sstw06_1
Comment (1)  

Oct 18, 2006
hari lahir

HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN

"Hari ini dalam sejarah.." Ustaz Yasin berkata kepada rakan-rakan guru sebaik sahaja melangkah masuk bilik guru selepas habis kelas terakhir hari ini, 4 Okt 2006.

Apa tidaknya dah tua macam ini baru inilah kali pertama Ustaz Yasin dapat hadiah hari lahir dari muridnya. Kalau hadiah dari isteri atau orang-orang istimewa tu, tidaklah hairan sangat. Walaubagaimanapun, rasanya bangga dengan sikap anak murid yang perihatin. Tentu sekali saya akan kenang dan ribuan terima kasih untuk perhatian anda.

Ada 2 murid yang bagi hadiah, iaitu Sakira dan Siti Asma.


Posted at 11:46 am by sstw06_1
Comment (1)  

rewang majlis berbuka

REWANG MAJLIS BERBUKA PUASA

SKALK 12 Okt 2006 - Pihak Sekolah dengan kerjasama PIBG mengadakan gotong royong untuk majlis berbuka puasa peringkat sekolah. Ibu bapa turun padang memberikan kerjasama padu. Ulam ulaman dan bahan-bahan sayuran stail kampung diusahakan sendiri oleh kaum ibu. Sebagai contoh, pucuk paku, cili dan sebagainya dicari di sekitar kampung secara percuma. Cuma masa dan tenaga dikeluarkan.

Sumbangan berupa wang ringgit turut dihulurkan. Masing-masing menyumbangkan RM5 hingga RM10 bagi setiap keluarga dalam PIBG. Guru-guru dan kakitangan juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan. Kutipan membanggakan, iaitu kira-kira RM600 untuk majlis ini. Sedangkan kos sebenarnya cuma separuh dari jumlah itu.

Jawatankuasa pelaksana juga merangka akan mengadakan jamuan hari raya tidak lama lagi. Tentu sekali baki kutipan ini dimanfaatkan. Jamuan ini nanti menurut perbincangan awal, adalah jamuan tertutup sahaja yang melibatkan semua warga SKALK.

"Pengelola tidak bercadang menjemput semua ibu bapa" kata Cik Haliza selaku bendahari kelab guru sekolah.

Catatan: Rewang adalah pinjaman dari bahasa Jawa yang bermaksud gotong royong.


Posted at 11:34 am by sstw06_1
Make a comment  

Sep 8, 2006
SOLAT HAJAT IKHTIAR TERAKHIR

SKALK - Demam UPSR yang melanda murid-murid tahun 6 di SKALK bahkan di seluruh negara berakhir 6hb Sept yang lalu. Peperiksaan awam pertama yang dilalui oleh seorang murid di sekolah rendah. Secara rasmi, mereka menduduki peperiksaan tersebut pada 4-6 Sept 2006 yang lalu.

Bagi warga SKALK dengan kerjasama PIBG telah mengadakan solat hajat beramai-ramai di sekolah selama 3 malam berturut-turut sepanjang anak-anak mereka menduduki peperiksaan itu. Majlis bermula dengan solat Magrib, diikuti bacaan surah Yasin - Solat Isyak dan solat sunat hajat. Sebelum bersurai, jamuan makan malam disediakan oleh jawatankuasa PIBG.

"Kita mengharapkan kerjasama sebegini berterusan untuk masa-masa yang akan datang. Ini adalah ikhtiar kita terakhir setelah berusaha gigih sepanjang tahun" kata guru besar yang berucap pada malam akhir program solat hajat itu.

Posted at 04:18 pm by sstw06_1
Comments (2)  

Next Page