|
REWANG MAJLIS BERBUKA PUASA
Sumbangan berupa wang ringgit turut dihulurkan. Masing-masing menyumbangkan RM5 hingga RM10 bagi setiap keluarga dalam PIBG. Guru-guru dan kakitangan juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan. Kutipan membanggakan, iaitu kira-kira RM600 untuk majlis ini. Sedangkan kos sebenarnya cuma separuh dari jumlah itu. Jawatankuasa pelaksana juga merangka akan mengadakan jamuan hari raya tidak lama lagi. Tentu sekali baki kutipan ini dimanfaatkan. Jamuan ini nanti menurut perbincangan awal, adalah jamuan tertutup sahaja yang melibatkan semua warga SKALK. "Pengelola tidak bercadang menjemput semua ibu bapa" kata Cik Haliza selaku bendahari kelab guru sekolah. Catatan: Rewang adalah pinjaman dari bahasa Jawa yang bermaksud gotong royong. |
| Leave a Comment: |