|
Blog jika merujuk kepada penerbit kamus terkemuka dunia iaitu Merriam-Webster telah mendefinisikan ia sebagai laman web bersifat jurnal peribadi tetapi online yang mengandungi komen, pandangan dan juga adakalanya hyperlink ke laman web yang berkaitan dengan komen atau pandangan yang diberikan. Sementara itu, dari sudut lain, blog sebenarnya merupakan kependekan kepada istilah weblog ataupun lebih tepat web log yang merujuk kepada proses merekodkan sesuatu ke dalam laman web. Terdapat satu lagi istilah yang berkaitan dengan blog ini iaitu blogsphere yang kepada himpunan weblog atau sekelompok laman web yang berasaskan blog. Istilah asal weblog dipercayai telah mula diperkenalkan oleh Jorn Barrer pada penghujung tahun 1997 yang kemudiannya dipendekkan menjadi blog oleh Meter Merholz pada tahun 1999. Individu lain yang yang tidak kurang pentingnya yang menjadi perintis kepada blog ini ialah Dave Winer yang telah mencipta satu teknik pemberitahuan setiap kali blog dikemaskini. Istilah weblog juga telah diiktiraf dan dimasukkan ke dalam kamus tersohor di dunia iaitu Oxford English Dictionary pada awal tahun 2003. |
| Leave a Comment: |