skalk
    <description>skalk</description>
    <category>Islam</category>
Pindah
      <description>Maaf kerana menyusahkan anda... kita pindahrumah.
Cikgu Haliza
      <description>SKALK - Cikgu Haliza Ahmad diarahkan bertukar ke SK Batu 29. Difahamkan arahan tukar berkuatkuasa pada 16 Jan 2007 atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan. Kalau tidak ada apa-apa aral, cikgu baru yang bakal mengambil tempat cikgu Haliza ialah En Zul dari SK Sri Langkap. "Selamat berpisah buat cikgu Haliza dan Selamat bertugas di SKALK buat cikgu Zul"
Amali Solat
      <description>SKALK - Pihak Panatia Pendidikan Islam melancarkan program solat zohor berjamaah bagi semua murid tahap 2 sebelum balik atau sebelum memasuki sesi petang yang akan bermula 2.30 pm.
Program ini dimulakan lebih awal bagi tahun ini, seawal minggu ke-2 persekolahan. Guru-guru ditugas mengawas dan membimbing solat secara bergilir-gilir dan dimasukkan dalam jadual waktu guru. Dengan cara ini program dapat dijalankan lebih lancar dan terkawal.
Ujian TOV
      <description>SKALK - Ujian TOV dijalankan mulai 15-17 Jan 2007 di seluruh negeri, terutamanya Sekolah Kebangsaan. Ujian ini bertujuan menilai tahap kemampuan murid pada awal sesi persekolahan. Hasil dari ujian ini pihak sekolah dan guru-guru dapat melihat perkembangan kemajuan pelajaran murid sepanjang tahun 2007 apabila siri ujian OTI dijalankan nanti.
Sistem ini diselaraskan oleh JPNT. Di negeri-negeri lain, difahamkan tidak menjalankan sistem TOV dan OTI yang diselaraskan. Kalau pun ada mereka serahkan kepada pihak guru atau sekolah masing-masing menjalankannya.
Daftar Persekolahan 2007
      <description>Kg Kasar, 26 Dis - Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya mendaftar persekolahan anak masing-masing pada 28hb Dis 2006 ini. Sesi persekolahan bermula 2 Jan 2007 nanti, selepas Hari Raya Haji.
Pada hari yang sama, Mesyuarat guru-guru akan dijalankan. 
"Harap-harap tiadalah pula guru yang terlupa tarikh"
Untuk makluman ibu bapa, yuran persekolahan juga sudah boleh dijelaskan pada hari pendaftaran nanti (mana-mana yang berkemampuan). Kalau belum berduit pun, kena daftar juga... terutamanya anak yang baru masuk tahun 1 dan pra-sekolah.
Apa itu Blog?
Blog jika merujuk kepada penerbit kamus terkemuka dunia iaitu 
Merriam-Webster telah mendefinisikan ia sebagai laman web bersifat 
jurnal peribadi tetapi online yang mengandungi komen, pandangan dan 
juga adakalanya hyperlink ke laman web yang berkaitan dengan komen 
atau pandangan yang diberikan. 
Sementara itu, dari sudut lain, blog sebenarnya merupakan kependekan 
kepada istilah weblog ataupun lebih tepat web log yang merujuk kepada 
proses merekodkan sesuatu ke dalam laman web. Terdapat satu lagi 
istilah yang berkaitan dengan blog ini iaitu blogsphere yang kepada 
himpunan... (more)</description>
SAMBUTAN HARI RAYA
 6 Nov 2006 - Pihak sekolah menganjurkan majlis sambutan Idilfitri peringkat sekolah. Sambutan diadakan secara sederhana. Kerja-kerja menyediakan juadah dijalankan secara bergotong royong. 
Kali ini tidak melibat ibu bapa, cuma dijalankan sesama guru dan pekerja sekolah sahaja. Terima kasih di atas sumbangan anda. 
hari lahir
      <description>HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN"Hari ini dalam sejarah.." Ustaz Yasin berkata kepada rakan-rakan guru sebaik sahaja melangkah masuk bilik guru selepas habis kelas terakhir hari ini, 4 Okt 2006.Apa tidaknya dah tua macam ini baru inilah kali pertama Ustaz Yasin dapat hadiah hari lahir dari muridnya. Kalau hadiah dari isteri atau orang-orang istimewa tu, tidaklah hairan sangat. Walaubagaimanapun, rasanya bangga dengan sikap anak murid yang perihatin. Tentu sekali saya akan kenang dan ribuan terima kasih untuk perhatian anda. Ada 2 murid yang bagi hadiah, iaitu Sakira dan Siti Asma. </description>
rewang majlis berbuka
      <description>REWANG MAJLIS BERBUKA PUASASKALK 12 Okt 2006 - Pihak Sekolah dengan kerjasama PIBG mengadakan gotong royong untuk majlis berbuka puasa peringkat sekolah. Ibu bapa turun padang memberikan kerjasama padu. Ulam ulaman dan bahan-bahan sayuran stail kampung diusahakan sendiri oleh kaum ibu. Sebagai contoh, pucuk paku, cili dan sebagainya dicari di sekitar kampung secara percuma. Cuma masa dan tenaga dikeluarkan.Sumbangan berupa wang ringgit turut dihulurkan. Masing-masing menyumbangkan RM5 hingga RM10 bagi setiap keluarga dalam PIBG. Guru-guru dan kakitangan juga tidak ketinggalan menghulurkan... (more)</description>
SOLAT HAJAT IKHTIAR TERAKHIR
      <description>SKALK - Demam UPSR yang melanda murid-murid tahun 6 di SKALK bahkan di seluruh negara berakhir 6hb Sept yang lalu. Peperiksaan awam pertama yang dilalui oleh seorang murid di sekolah rendah. Secara rasmi, mereka menduduki peperiksaan tersebut pada 4-6 Sept 2006 yang lalu.Bagi warga SKALK dengan kerjasama PIBG telah mengadakan solat hajat beramai-ramai di sekolah selama 3 malam berturut-turut sepanjang anak-anak mereka menduduki peperiksaan itu. Majlis bermula dengan solat Magrib, diikuti bacaan surah Yasin - Solat Isyak dan solat sunat hajat. Sebelum bersurai, jamuan makan malam disediakan... (more)</description>